7 Sebab Mengapa Pemilik Bisnes Perlu Miliki Mobile Apps


APA ITU MOBILE APPS?

Mobile Apps adalah aplikasi yang dimuat turun di smartphone.

Aplikasi ini boleh didapati dari:

✔ Google Play Store untuk Android.

✔ App Store untuk iOS ( iPhone / iPad).


1 MENGUKUHKAN JENAMA. Aplikasi anda mencerminkan jenama anda! Ia membuatkan anda lebih dikenali oleh pelanggan dan peluang untuk anda mendapatkan pelanggan yang tepat adalah tinggi.

2 MUDAH AKSES. Dengan adanya smartphone dan kemudahan internet, pelanggan dapat mengakses Aplikasi Mobile (Mobile Apps) dengan lebih mudah. Dekat lagi mudah!

3 LEBIH MENONJOL. Mahukah bisnes anda kelihatan lebih menonjol berbanding pemilik bisnes lain yang berada dalam pasaran yang sama? Mari buat kelainan, iaitu dengan memiliki sebuah Aplikasi Mobile dengan jenama sendiri!

4 PEMASARAN BAHARU. Aplikasi Mobile merupakan salah satu alat pemasaran baharu selain website dan media sosial. Ia lebih dekat dengan pelanggan.

Kajian yang dibuat oleh VSERV menunjukkan, pengguna smartphone di Malaysia pada tahun 2016 mencecah 11 juta pengguna. Secara puratanya mereka meluangkan masa lebih dari 3 jam dengan smartphone!

5 PUSH NOTIFICATIONS. Push Notifications adalah salah satu fungsi yang terdapat dalam portal pengurusan aplikasi.

Dengan hanya dengan SATU KLIK, notifikasi mengenai produk baru, diskaun, penghabisan stok, jualan akhir tahun atau aktiviti bisnes akan tertera pada smartphone pelanggan yang memuatturun aplikasi tersebut.

6 TERUS KEPADA PELANGGAN. Apabila pelanggan memuat turun aplikasi, ia memberikan kelebihan kepada anda untuk terus berhubung dengan pelanggan. Kini, sebarang aktiviti bisnes anda, berada dalam genggaman mereka.

7 MENINGKATKAN JUALAN. Aplikasi Mobile adalah cara yang paling tepat untuk mendapatkan kesetiaan pelanggan. Hampir 70% jualan biasanya daripada pelanggan setia.

Sudahkan anda memahami bagaimana aplikasi mobile ini dapat membantu meningkatkan prestasi, mengukuhkan jenama seterusnya menggandakan keuntungan bisnes anda?

Mahukah anda miliki Mobile Apps dengan jenama sendiri?

Kini, anda tidak perlu risau jika tidak memiliki pasukan yang mahir IT untuk membina sebuah Mobile Apps.

Dengan hanya mengetahui sedikit asas penggunaan, My Big Apps akan membantu merealisasikan impian anda, memiliki sebuah Aplikasi Mobile, dengan:

✔ Jenama pilihan sendiri.

✔ Pada harga mampu milik.

✔ Khas untuk pengguna Andoid.