Apa itu FDS


FDS adalah singkatan untuk Food Delivery System atau sistem penghantaran makanan dalam bahasa melayunya.

FDS terdiri daripada 3 komponen utama iaitu:
✎ Aplikasi untuk Pengguna.
✎ Aplikasi untuk Pihak Pengurusan.
✎ Aplikasi Web untuk kawalan sistem secara keseluruhan.

FDS juga memiliki 3 fungsi menarik iaitu:
✎ Fungsi Tempahan Penghantaran Makanan
✎ Fungsi Tempahan Meja
✎ Fungsi Tempahan Katering.


FDS asalnya dibina untuk membantu sebuah restoren di Selangor untuk melebarkan sayapnya dengan menambah servis penghantaran makanan.

Alhamdulillah, strategi pemilik restoren itu membuahkan hasil dengan pertambahan jualan bulanan melalui servis penghantaran makanan.

Melihat kejayaan ini My Big Apps telah mendapat idea dan mengambil keputusan untuk menawarkan sistem FDS bagi membantu pemilik restoren dan kedai makan diluar sana untuk mengembangkan sayap mereka dengan menambah satu lagi servis iaitu penghantaran makanan.

Beginilah cerita FDS bermula.