Bagaimana Jika Anda Dapat Bina Mobile App Tanpa Perlu Programming?


Seorang guru datang mendekati dan bertanyakan tentang Mobile App. Rupanya dia terlihat tulisan pada baju syarikat yang saya pakai. Dia melontarkan pertanyaan, bolehkah dia bina Mobile App tanpa pengetahuan programming?

Satu hari, saya dijemput ke satu mesyuarat di sebuah jabatan kerajaan. Mereka bertanya, adakah munasabah untuk mereka bina Mobile App sendiri, sedangkan pasukan mereka terdiri daripada mereka yang bukan berlatar belakang IT.

Seorang lelaki, menghubungi saya melalui Whatsapp, adakah kemungkinan untuk dia bina dan jana duit melalui Mobile App secara automatik.


Jawapan kepada semua soalan di atas itu adalah YA dan BOLEH.

Ya, semuanya ada kemungkinan untuk menjadi. Asalkan tahu alat dan cara yang betul untuk buat. Tambahan pula, jika ada platform dan ditunjuk jalan oleh mereka yang pakar.

Idea terciptanya AkademiApp.com adalah hasil inspirasi mereka di atas, iaitu membina Mobile App tanpa Programming.