3 Komponen dalam FDS - Food Delivery System


FDS - Food Delivery System memiliki 3 komponen utama yang terdiri daripada:

1 Aplikasi Pengguna adalah untuk kegunaan pelanggan menempah makanan dan pakej yang disediakan. Di sini pelanggan dapat melihat status tempahan dan sejarah tempahan sebelum ini.

2 Aplikasi Pengurus adalah untuk kegunaan pengurus dan ahli pasukan yang terlibat seperti penghantar makanan (rider). Dengan aplikasi ini akan memudahkan mereka kemas kini status setiap tempahan yang akan sampai terus kepada aplikasi pelanggan.

Kemaskini secara terus (live) ini akan membantu pasukan koordinasi setiap aliran tempahan yang masuk.

3 Aplikasi Web adalah untuk mengawal keseluruhan sistem dan aplikasi. Biasanya yang akan menggunakan aplikasi ini adalah pengurus dan orang kanan sahaja. Aplikasi web ini tidak akan dibuka secara kerap sepertimana aplikasi tetapi ia sangat penting untuk melihat laporan penuh, statistik dan ubah tetapan yang berkaitan.


Dengan 3 komponen ini dan fungsi yang khas untuk kegunaan tertentu akan memudahkan pengurusan tempahan yang dibuat pelanggan.

Anda tidak perlu risau dan pening jika berlaku ledakan tempahan makanan dalam satu-satu masa dengan sistem FDS ini.

My Big Apps Sdn Bhd