Teruja Aplikasi Pertama di Pasaran


Sebelum ini kursus yang kami anjurkan tidak mensasarkan untuk peserta berjaya muat naik aplikasi di akhir kursus.

Tetapi sasaran itu berubah sejak beberapa bulan yang lalu.

Ini kerana melihatkan perasaan teruja peserta selepas berjaya Upload aplikasi ke google Play sangat memuaskan hati kami.

Itu belum lagi melihat respon peserta yang diluluskan aplikasinya untuk diterbitkan di Google Play. Mereka sangat gembira sampai boleh bersorak riang.


Akan tetapi, ada sesetengah peserta tidak berani untuk memuat naik aplikasi. Katanya belum siap sempurna!

Sebenarnya untuk sesi pembelajaran awal ini sangat penting untuk kita memotivasikan diri dengan kejayaan kecil seperti berjaya upload ke Google Play.

Biarlah aplikasi tidak sempurna dan hanya ada beberapa laman sahaja. Tetapi perasaan bangga memiliki aplikasi di pasaran akan membangkitkan semangat untuk terus belajar tambah kemahiran.

Kejayaan kecil ini akan mendorong kita mengejar kejayaan kecil yang lain sehingga tanpa kita sedari kejayaan besar telah kita kecapi.

Jangan dirisaukan aplikasi yang tidak sempurna kerana kita masih ada ruang untuk tambah baik aplikasi.

Malah dengan terbitnya aplikasi di Google Play akan memberi tekanan (motivasi) supaya kita tidak berlengah tambah baik aplikasi secepat mungkin.

'Practice Makes Perfect' adalah slogan yang perlu dihadam oleh peserta.

Selepas kursus terus berlatih dan berlatih sehingga mahir.