eCoaching Asas Mobile App 019-678 2731
Terma & Syarat

Memandangkan bermacam janji manis dan tawaran menarik untuk pakej ini maka sudah tentu ada hadnya.

✅ Pembelajaran eCoaching Asas Mobile App ini hanya menggunakan Platform AkademiApp.com dan software sokongan berkaitan yang diiktiraf My Big Apps Sdn Bhd sahaja dan tidak termasuk platform lain. Ini kerana bagi memudahkan pihak kami dan membantu fokus peserta memandangkan ada banyak platform pembangunan aplikasi di luar sana.

✅ Pembelajaran eCoaching Asas Mobile App ini tidak melibatkan sambungan aplikasi dengan Server luar kecuali yang diberikan oleh My Big Apps Sdn Bhd. Tetapi, semua ini bergantung kepada budi bicara antara peserta dan My Big Apps Sdn Bhd.

✅ My Big Apps Sdn Bhd hanya mampu memberi tunjuk ajar dan tidak akan tolong buat aplikasi untuk anda. Berjayanya aplikasi dibina adalah berdasarkan usaha dan keazaman diri anda sendiri untuk fokus siapkan aplikasi.

✅ Definisi 'seumur hidup' adalah selagi mana Syarikat My Big Apps Sdn Bhd wujud dan beroperasi.

✅ Portal AkademiApp untuk eCoaching Asas Mobile App adalah merujuk kepada Versi 1 dan bukan Versi lain yang mungkin akan dibangunkan oleh My Big Apps Sdn Bhd dimasa hadapan.

✅ Program eCoaching ini akan berlangsung selagi mana My Big Apps Sdn Bhd masih beroperasi.

✅ My Big Apps Sdn Bhd berhak untuk mengubah mana-mana Terma & Syarat ini di masa hadapan tanpa sebarang notis.