Info Lanjut!

Siapa yang patut menyertai Kursus ini?

Mereka yang tidak pernah belajar Programming

Mereka yang hanya tahu asas Programming

Mereka yang tidak pernah bina Aplikasi Mobile

Kursus Asas Bina Aplikasi Android Smartphone

Kursus ini BUKAN mengajar anda menjadi pakar dalam masa sehari tetapi sebagai TITIK MULA untuk anda menjadi pakar dalam mencipta Aplikasi Smartphone Android.

Ya, anda mungkin mampu untuk belajar sendiri melalui kaedah RnD atau Try and Error. Namun adakah anda YAKIN itu adalah cara paling mudah, cepat dan berkesan untuk mendapatkan ilmu?


Anda hanya perlu tahu tentang komputer dan internet sahaja untuk menyertai Kursus ini! Sebabnya kami sudah sediakan bahan dan mudahkan apa yang sukar.

Tambahan pula, dengan adanya platform AkademiApp yang direka Khas oleh My Big Apps, anda tidak perlu tahu tentang HTML. Anda hanya perlu tahu menaip dan guna komputer sahaja!

Bagi yang telah mahir dalam pembangunan laman web, ilmu itu akan menjadi satu bonus untuk anda reka cipta aplikasi yang lebih hebat.

Kenapa Anda Perlu Sertai Kursus ini?

Mudah & Santai

Anda akan diajar dengan modul yang mudah dan santai oleh tenaga pengajar yang berpengalaman luas dalam bidang ini.

Jimat

Kami menawarkan yuran yang berpatutan dengan apa yang anda dapat. Selain itu anda akan diberi akses secara percuma Portal AkademiApp selama setahun.

Jana Duit

Mampu jana duit daripada servis ditawarkan yang berkaitan aplikasi atau jual terus aplikasi yang anda buat di Google Play.

Asas Kukuh

Apabila ilmu asas kukuh tentang sesuatu bidang maka akan lebih mudah untuk kita terokai bidang itu dengan lebih mendalam. Untuk pastikan kita tidak tersilap langkah maka perlu belajar daripada mereka yang sudah berjaya.

Jalan Pintas

Masa yang anda jimatkan mungkin berminggu, berbulan ataupun bertahun berbanding anda belajar sendiri (try & error). Kursus ini merupakan jalan pintas terbaik untuk anda dapat ilmu yang betul-betul perlu dan bermanfaat untuk capai objektif belajar buat aplikasi.

Sokongan

Sebaik sahaja anda sertai kursus ini maka anda akan terus disokong secara online untuk bincangkan hal berkaitan pembangunan aplikasi Android.

Tenaga Pengajar

Mohd Asyraf Mohd Nordin

CEO, My Big Apps Sdn.Bhd.

Mohd Asyraf Mohd Nordin telah terlibat dalam dunia atur cara komputer (programming) secara aktif sejak tahun 2000 lagi.

Merupakan lulusan Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) dalam bidang kejuruteraan pada tahun 2008. Tahun 2010 mula berjinak-jinak dengan dunia pembangunan Aplikasi telefon pintar (Mobile Apps).

Beliau adalah pengasas laman web MyBigApps.com yang berkongsi ilmu Mobile Apps dan php.

Selain itu, beliau sangat berpengalaman dalam pembangunan beberapa projek Aplikasi Mobile dan Aplikasi Laman Web untuk sektor kerajaan dan syarikat-syarikat swasta di Malaysia.

Sehingga sekarang masih aktif membangunkan projek Mobile Apps dan sering dijemput untuk memberi kursus pembangunan Mobile Apps oleh badan dan institusi kerajaan.

Apa yang anda akan dapat daripada kursus ini?

Panduan Installation

Peserta akan diberikan panduan untuk menetapkan komputer sendiri supaya bersedia membina Aplikasi Mobile. Jika ada masalah akan diselesaikan bersama di dalam Kursus. Bahagian ini yang selalu membuatkan mereka yang baru bermula putus asa untuk menjadi pembangun aplikasi.

Simulasi

Anda akan ditunjukkan cara untuk 'Test Drive' aplikasi yang dibina di Smartphone anda.

Bina Aplikasi

Anda akan ditunjukkan cara bina aplikasi sendiri menggunakan platform AkademiApp bagi mereka yang tiada asas programming atau HTML bagi mereka yang ada asas programming.

Cipta APK

Peserta akan ditunjukkan cara buat fail APK aplikasi. Fail ini dibuat untuk memudahkan anda edar aplikasi anda ke pasaran.

Muat Naik ke Google Play

Kami akan tunjukkan cara sediakan aplikasi anda untuk dimuat naik ke Google Play.

Jaminan* dan Sokongan

Kami akan pastikan anda berjaya menyenaraikan satu aplikasi milik anda di pasaran Google Play selepas menyertai kursus ini.


*Dalam kursus ini anda akan diajar buat aplikasi berbentuk info tanpa melibatkan server luar
  • Sesi 1 (Disember 2017):
    Tarikh: 23 & 24 Disember 2017 - Sabtu & Ahad
    Masa : 9am - 5pm
    Tempat: Tingkat 2, Bilik Seminar AsasInsan,
    Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor.
    (Bersebelahan Bukit Mahkota)


  • *Buat masa ini pihak Syarikat rehat daripada menganjurkan sebarang kursus. Walaupunpun begitu untuk menyertai kursus ada 2 pilihan:
    1 - Jemput kami adakan kursus di tempat Tuan/Puan.
    2 - Sertai eCoaching kami iaitu pembelajaran secara Online.

Jadual/Modul Kursus

Hari Pertama

  • 8:00am - 8.30am

    Pendaftaran

  • 8.31am - 9:30am

    Pengenalan kepada pembangunan aplikasi Android

    Dunia aplikasi smartphone A-Z

  • 9:31am - 9:45am

    Minum Pagi*

  • 9:46am - 11:45am

    Persediaan sebelum pembangunan Aplikasi

    Installation dan penyediaan software

    (Peserta akan diberikan bahan panduan dan diWAJIBkan untuk install semua software yang diperlukan sebelum datang kursus. Sesi ini hanya untuk perbetulkan sebarang masalah yang timbul semasa installation dibuat)

    Plan Pembangunan, Merangka rekaan dan aplikasi Mockup

    Bina Aplikasi Pertama - Hello World

  • 11:46am - 12:45pm

    AkademiApp @ HTML

    Peserta boleh pilih sama ada:

    Pembangunan aplikasi tanpa Code dan Programming

    @

    Pembangunan aplikasi dengan Programming

  • 12:46pm - 2:00pm

    Makan Tengah Hari** & Solat Zohor

  • 2:01pm - 4.00pm

    Pembangunan aplikasi bermula

    InfoApp

    (Dalam kursus ini anda akan diajar buat aplikasi berbentuk info tanpa melibatkan server luar)
  • 4:01pm - 5.00pm

    Persediaan Google Play

    Kami akan tunjukkan macam mana untuk:

    Generate APK

    Upload ke Google Play

  • 5:01pm

    Kursus TAMAT hari pertama!

Hari Kedua

(Hari kedua tidak wajib hadir dan bergantung kepada kelapangan masa peserta untuk hadir. Hari ini lebih kepada sesi ulangkaji apa yang dipelajari semalam)
  • 8:30am - 8.59am

    Minum Pagi*

  • 9am - 10.30am

    Sesi tambah baik aplikasi

    Masa untuk perkemaskan aplikasi yang dibuat semalam

  • 10.31am - 12.45pm

    Sesi Google Play

    Peserta akan disuruh buat sendiri:

    Generate APK

    Upload ke Google Play

  • 12:46pm

    Kursus TAMAT!

*Minum pagi akan kami sediakan.
**Makan tengah hari tidak disediakan. Tetapi anda boleh menjamu selera di kedai makan yang banyak terdapat di kawasan sekitar.

Peta Lokasi

Lokasi kursus adalah di bangunan pejabat Bandar Seri Putra, Kajang.

Gambar menunjukkan kedudukan Ofis My Big Apps yang berada di tingkat 1 atas Cosway.

Alamat penuh ialah:
No 14-1, Jalan Seri Putra 1/4,
Bandar Seri Putra,
43000, Kajang,
Selangor Darul Ehsan.

Lokasi berhadapan dengan Farmasi Alpro dan Menara Optometri.

Untuk carian di Google Map sila Copy Paste koordinat ini : 2.885374, 101.790534



Jika ada sebarang kesukaran boleh terus hubungi pihak kami.

Untuk Maklumat terperinci berkenaan kemudahan-kemudahan lain yang ada di lokasi kursus boleh KLIK SINI...

Tempah tiket sekarang untuk mendapat harga diskaun sehingga 22%!

Harga tiket:
RM450
RM350

BELI TIKET DI SINI!

Tempat adalah terhad untuk 5 orang sahaja setiap sesi!

Ada pertanyaan? Emelkan kepada kami di [email protected] atau
Hubungi/SMS/Whatsapp di talian 014-2600 270 / 019-678 2731