Cerita My Big Apps


MyBigApps.com diasaskan oleh Mohd Asyraf Mohd Nordin pada tahun 2011 untuk berkongsi ilmu pembangunan aplikasi web dan mobile secara percuma. Pada masa itu sebarang urusan perniagaan didaftarkan atas nama Cerodib Solutions.

Pada tahun 2014, satu langkah yang lebih proaktif dilakukan dengan penyertaan rakan kongsi baharu bagi membangunkan produk kreatif dan latihan untuk Mobile Apps.

Perniagaan dengan nama baharu didaftarkan iaitu My Big Apps (002376722-U). Tujuan penubuhan adalah untuk mengukuhkan penjenamaan My Big Apps sebagai penyedia perkhidmatan terbaik Aplikasi Mobile di Malaysia.

Moto My Big Apps pada ketika itu ialah "The Revolution of Knowledge" dan produk Aplikasi Mobile pertama keluaran My Big Apps ialah Utus.



Di penghujung tahun 2015, My Big Apps sekali lagi melangkah kehadapan dengan menaik taraf status syarikat kepada Sdn Bhd menggunakan nama
My Big Apps Sdn Bhd (1166968-X).

Syarikat menumpukan pembangunan berikut:

1 - Pembangunan Aplikasi Mobile.

2 - Pembangunan Aplikasi Web.

Kemahiran yang kami ada untuk pembangunan ialah:

1 - PHP

2 - Java

Kami beroperasi di sebuah pejabat di Bandar Seri Putra, Kajang.

Moto baru juga digunakan iaitu
"Simplify Your World".