Semestinya persoalan pertama yang muncul berkenaan Mobile Apps ialah apa manfaat yang peniaga dapat daripada teknologi ini?
✔ Mesra mobile.
✔ Kedai dalam genggaman pelanggan. Sudah menjadi kebiasaan untuk semua orang bawa telefon pintar kemana-mana hingga sampai ke tandas.
✔ Promosi yang dibuat terus kepada pelanggan.
✔ Urusan jual-beli 24 jam, 7 hari seminggu, 365 hari setahun.
✔ Harga tetap. Tiada risiko pelanggan tawar-menawar, tidaklah segan kalau saudara-mara atau sahabat handai minta diskaun, minta mereka buat tempahan di mobile apps.
✔ Order pelanggan berada di satu tempat, senang nak rujuk.
✔ Menerima notis setiap kali ada pembelian.
✔ Risiko keciciran maklumat pelanggan rendah.
✔ Sistem pengurusan tempahan teratur.
✔ Urusan tempahan berjalan secara auto, tidak ganggu waktu tidur, makan atau urusan bersama keluarga.
✔ Jimat tenaga kerja, kos gaji pun boleh diminimumkan.
✔ Tidak risau berlakunya kes pecah amanah.
✔ Maklumat perniagaan berada di satu tempat, mudahkan urusan pelanggan rujuk.
✔ Kerja lebih mudah untuk di S.O.P. kan, tidak perlu risau jika kerapkali berlaku pekerja keluar masuk.